Two In One.

Hari sabtu hari tu (16.07.2011) ada seminar Jom Masuk U untuk budak-budak spm dan stpm. Saya adalah salah seorang calonnya. Calon spm untuk tahun 2011 -.-


Hye. saya lah calon spm tahun ni. Gaya macam budak dah habis sekolah je rupa. Muka maintain ilek je. Alahh, spm je pun. Woi, spm je pun? Tu masa depan kau tahu tak! Kk. Watlek watpeace watkiut sudah. Hihihi pis! :P



Yang ni pun calon spm tahun ni. Dia ni kakak kembar kite. Nampak muka kami sama tu? Semua pandang kiteorang pelik je. Sebab tak pernah nampak kembar kot. Tapi kami cool je sengih kambing kat depa semua. Heh!



Yang ini pulak kawan-kawan saya. Merekalah teman seperjuangan yang sejati. Kemana sahaja kami pergi mesti bersama-sama. Hihi. *Peh, ayat tu kalau boleh tak nak kalah -..-



Ha yang ni paling tidak pun mesti kena tangkap gambar kat cermin. Wajib rasanya. Tak macam tu? Rasanya orang lain pun sama. Pantang nampak cermin. Kan kan kan? Hihi.



Selepas menghabiskan 8jam kat dewan KPT tu maka tamatlah sudah. Kemain eksaited lagi kiteorang balik naik bas. Haha. Maaflah kena sensored mulut angah kite tu. Dia buat muka menggoda cangat. Nanti korang pulak yang cair. Muka saya maintain comel bukan? #perasan


Esoknya pulak hari ahad (17.07.11) hantar Amirul balik asrama. Tak kenal dia yang mana satu? Kejap eh nak cari gambar dia.


Ha ni lah dia adik yang paling annoying gila. Dia suka sangat buli kite. Kalau dia balik rumah memang tak aman hidup saya. Huru-hara, kucar-kacir semuanya lah. Sebaik dia adik kalau tak memang dah kena kerat 24 dengan taiko tiqa ni. #kerek



Gambar berdua memang tak sah kalau takde. Dah nama pun kembar. Kalau sorang ada yang sorang lagi tu pun mesti ada. Hihi barulah kembar sehati sejiwa namanya. Tak gitu ngah? XD



Gambar bertiga macam ni pulak dah jarang ada. Sebab ada sorang tu dah jadi budak Lendu. Kesian dia tersisih. Oh yah, kalau tangkap gambar bertiga macam ni mesti saya duduk tengah. Perasan tak? Oh no! Nanti saya mati dulu x_x #khurafatwoi



Saya akhiri entri dua hari ini dengan gambar kau-sangat-bajet-hot. Sila muntah. Kbai.